Baru-baru ni aku tolong brader Wan(bukan nama sebenar) ngan kes polis anaknya.
Anaknya, Amar (juga bukan nama sebenar) dituduh bersama kawan-kawannya memeras ugut seorang lagi kawannya, Amir (pun bukan nama sebenar).
Ceritanya begini. Amar sudah kenal Amir sejak sekolah rendah. Jadi sudah kebiasaan Amar membantu Amir membuat kerja sekolahnya…Iyela,kawan…Setelah berkali-kali Amar membantu mungkin Amir rasa terhutang budi dan berjanji akan membayar RM200 untuk projek sains yang Amar telah siapkan. Amar pun tidak mengharap sangat. Seminggu sebelum cuti sekolah, Amir telah memberi Amar RM50 sebagai sebahagian bayaran yg dijanjikan… lalu Amar pun merasakan bahawa Amir serius dengan janjinya…
Semasa cuti sekolah, Amar dan kawan-kawannya (rupanya Amir juga berjanji mcm2 dengan kawan yang lain) telah menelefon dan sms Amir untuk menjelaskan hutang. lalu Amir bersetuju untuk berjumpa dan melunaskan hutang…
Rupa-rupanya this is all a set up… Amir telah mengelentong parentsnya dan mengatakan dia diugut oleh gangster sekolah. Apa lagi, laporan polis telah dibuat dan agenda untuk mengajar Amar dan kawan-kawannya telah dirancang…
Amir telah bersetuju untuk berjumpa Amar dan kawan-kawannya di McD jam 6 petang…Amar and the gang sampai awal. Apabila Amir sampai dan duduk, Amir and the Gang telah disergah oleh 6 orang polis berpakaian biasa (banyak masa rupanya dorang ni,kata tak cukup anggota) dan menahan Amir and the gang… Lebih menyedihkan, Amar and the gang telah digari untuk tatapan umum (budak juvenile mana blh gari) umpama mereka ini pesalah ganas yang membawa senjata atau bersama mereka didapati ada weed sebata atau 600 biji pil pink…
Maklumat tambahan. Bapa Amir dikatakan seorang PTD (tah la,bebudak ni yang cakap).Parents Amir ni bukan tak kenal Amar and the gang,drg ni selalu datang rumah Amir… Amar kata rumah Amir besar, ada lima bilik…Rumah kerajaan…pangkat tinggi tu…patutla tak hormat ngan orang lain…iyela,org lain ddk kampung…
Malam tu aku pn teman Abg Wan di balai…kesian plak tengok dia, baru recover dari stroke…takut dia stroke balik…
Amar and the gang ditahan hingga jam 12malam…nak ambik statement kata IO.5 jam ambik statement…aku rasa IO ni kawan bapak Amir…Nasib baik aku ada kenalan HENSEM yg sudi membantu memberi serba sedikit maklumat dn tunjuk ajar…rupanya Amar n the gang sudah boleh dijamin jam 10 lagi…Agaknya IO ni nk ajar bebudak ni kot…
Dan yang paling best, bapak Amir ni tarik balik statement/report malam tu jugak…Ni yang aku kata ni,JANGAN INGAT KITA NI BAGUS…bapak dia ingat dah ajar la Amar n the gang serta parents mereka suma…dia ingat org kampung tak pandai nk ambik lawyer n sue them in court?you are wrong Jose, you are going down like England football team!!!! :p
Adding salt to the wound, bukak jer cuti sekolah,parents Amir membuat 2nd police report yang mengatakan Amir n the gang telah membelasah anaknya di sekolah semasa hari jadi Amir. Amir dikatakan bengkak di kepala n pengsan.Ala, ni kan permainan bebudak…ingat tak kita kat sekolah kita selalu ‘lauk’ kawan,tak kira besday dia tau tak…
Kejadian ni dikatakan berlaku 2 bulan lepas…tapi medical report tak ada…lagipun pengsan kat sekolah bukan kes besar ker?mesti dah kecoh since bulan 5 lagi…
tah la..aku pun malas nak taip panjang-panjang…
Yang paling kesian si Amar…Trauma…Ayat dia yang paling sedih ‘AMAR TAK PAHAM UNCLE.SALAH KER AMAR MINTAK HUTANG?KENAPA KENA GARI DAN MASUK BALAI?AMAR TAK BUAT SALAH…’
Korang boleh tolong jawab?