Assalamualaikum Tuan,
Selamat pagi Tuan,
Kenapa Tuan marah sangat semalam?
Sehinggakan ‘memundekkan’ pekerja Tuan.
Tak puasa ke semalam?
Apa yang Tuan marahkan sangat?
Sehinggakan Tuan meletakkan darjat Tuan begitu rendah dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
Atau sememangnya itu diri Tuan yang sebenarnya?
Kerana syaitan yang dirantai tidak perlu menghasut Tuan.
Tuan,
Kenapa Tuan menghina pekerja Tuan semalam?
Sehinggakan menangis perempuan itu semalam.
Adakah Tuan berasa hebat dan berkuasa apabila melakukan begitu?
Tidakkah Tuan belajar semasa di Universiti Islam dulu bahawa perbuatan itu tidak baik?
Tuan,
Hebat sangatkah Tuan 20 tahun dahulu?
Di mana Tuan 20 tahun dahulu?
Sehinggakan Tuan sanggup menjatuhkan maruah pekerja Tuan.
Tuan tahukah doa orang yang dianiaya itu mudah dimakbulkan?
Pastikah Tuan akan berada di atas sehingga akhir hayat Tuan?
Pastikah Tuan tidak akan dihina lagi sepanjang hidup Tuan?
Pastikah Tuan, anak-anak Tuan tidak akan dilayan macam sial di masa depan?
Tuan bertuah kerana pekerja-pekerja Tuan tidak tahu atau tidak mahu ambil tindakan undang-undang ke atas Tuan.
Tuan, Jangan hina pekerja,
Jangan maki pekerja,
Jangan terpengaruh dengan pembodek-pembodek yang tidak tahu bekerja tetapi hanya tahu cakap malam.
Kami tahu apa keadaan Tuan semasa Tuan berumur seperti kami,
Tuan hanya seperti kami, tidak sehebat mana,
Kalau pekerja-pekerja Tuan sangat sempurna,
Tuan tidak akan dapat kekal menjadi Tuan…
Tuan yang comot eq memang wujud
Sekarang Tuan tapi esok lusa mana tahu nasib diri sendiri?
Silap-silap terkena ke diri sendiri.
Jangan nanti pekerja yang makan Tuan pulak sebab tak tahan dikeji.