Aku tak nak marah,tapi…

Posted: November 29, 2009 by letssharehere in Blog Updates

Baby punya first day at home…

Dengan cuti Aidil Adha sekali ngan cuti sekolah, maka ramai ambik kesempatan untuk buat kenduri kawin dan macam-macam kenduri lagi…

Pertama sekali aku nak ceritakan tentang sambutan Raya qurban di tempat aku… Aku sangat sedih dengan majlis korban di surau aku…Ala, surau yang depan rumah aku tu…Merayu-rayu para pentadbir surau meminta khariah surau untuk turun membantu majlis sembelih…Sejak dua menjak ni, banyak blok yang buat korban sendiri di belakang blok…jadi, ramai la penghuni blok sibuk ngan sembelihan sendiri lalu mengabaikan majlis di surau…

Ini pendapat aku, mungkin mereka (termasuk jemaah blok aku) ada sebab tersendiri untuk mengadakan qurban sendiri.Aku rasakan qurban patut dijalankan di surau…Ini ada kene mengena dengan perpaduan,tolong menolong dan mengeratkan silaturahim.Kesian la para pentadbir surau kene merayu melalui audio system minta bantuan…

Secara peribadi aku rasa tak sesuai buat sembelihan di blok sendiri kerana melibatkan faktor-faktor kebersihan. Contohnya blok aku,sembelih di belakang blok, lapah di dalam blok…tak kotor ke???lalat langau suma pakat hinggap…bau darah lembu sampai hari ada….longkang tersumbat (lemak lembu tersumbat)…tak kotor ke???Pada sapa yang dah biasa datang kawasan rumah aku mesti korang boleh imagine. Nak suarakan pendapat nanti terasa hati…so,aku tahan je la…

Ok,yang ni cerita yang aku marah…ada kenduri kawen kat blok seberang…ni sebab-sebab aku marah:

1. Buat kenduri kat jalan raya,naik kemas giant tutup dalm 10 parking…dah la parking kawasan rumah aku parking limited…ada 3 dewan besar kat sekitar kawasan ni,sewa 10 kali ganda lagi murah daripada naik khemah…nak jugak buat kat blok…habis tu aku nak parking mana???

2.Lepas kenduri confirm buang sisa makanan kat tong sampah besar,melimpah dan kotor…berdendang la tikus malam ni…pengotor…dah la pasang khemah makan dekat tong sampah plak tu…double pengotor!!!

3.Dah separuh azan berkumandang baru nak tutup lagu…itupun DJ kata bagi laluan pada azan…korang bagi laluan pada azan???korang ingat azan tu macam iklan ke nak bagi laluan…ngam-ngam lepas azan terus pasang lagu balik…bagi laluan pada aazan je ke???tak hormat orang nak sembahyang???tengah-tengah majlis berhenti baca doa,ada hati lagi nak baca doa lepas kacau orang sembahyang dalam surau…aku ni bukan la alim sangat,tapi aku tau la adab-adab yang sepatutnya…bodoh punya orang!!!!

4.Dah la pasang lagu kuat, siap ada karaoke lagi…time karaoke dikuatkan lagi volume…dah la nyanyi macam c*b*i!!!tak pikir ke ada budak kecik dalam rumah (baby aku tah berapa kali terkejut),orang nak berzikir ke,orang sakit ke,orang nak tido ke (macam aku…tak leh tido terus blogging)…Aku dah dua tiga kali usha parang aku dalam almari…

Moral-adab itu sangat penting,memikirkan hal dan keadaan orang itu pun penting…Dalam melakukan perkara yang baik (kenduri kahwin) jangan la pula sampai orang lain memaki dan mencaci…habis kebaikan macam tu sahaja…

 

Comments
  1. hardiness says:

    Sabar yom…sabar tu sebahagian dari iman.
    Bak kata raihan…iman adalah~ mutiara~ :p

  2. joetiefa says:

    Mentang2 la citer storm rider 2 nak kuar tak lama lagi, Fulim masti tak lupa dgn parang. Maklumla kan, Fulim kan jelmaan Penjejak Badai!! keh Keh Keh!! Anyway jadiklah Penjejak Badai yang penyabar dan penyayang ye.

  3. zlin says:

    sabar..paham sangat bila baby terbangun sbb bising..sian si cumil..geramnye kat org yang tak ada sensitiviti ni…

  4. rimba says:

    betol2 sir..sy leh bygkan keadaan sir ms tu.. huhu kotor…bising…mane la org x geram…susahkan org lg.. sy pun alami gak ari ahad ritu..huhu die punye soung mcm satu bandar nk dgr dieorg punye lagu.. bkk sound ala kadar dh r.. mjls kawin…tp pasang lgu entah pape..mengarut je.. org pasang lgu untuk meriah…tp nie smpai ggu jiran2.. dr pg smpai ptg lak tu.. huhu mmg dieorg nie just tau hrmat azan je..hormat org solat…hormat jiran2 dieorg xtau…

  5. ben says:

    kalau aku libas dah…….

  6. letssharehere says:

    mmg aku nk libas ben…tapi pikir balik kalau aku kene libas balik mcm mana….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>